Thursday, August 30, 2012

Material Bukan Segalanya, Tapi Material Boleh Bantu Agama Kita




Dalam kehidupan kita yang serba indah ini, seharusnya kita merenung, satu firman Allah S.W.T,


  " يوم لا ينفع مال ولا بنون إلا من أتى الله بقلب سليم"



Ertinya: Satu hari ( hari kiamat) dimana tidak ada manfaat lagi harta kekayaan dan anak anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera..

Menurut ulamak, perkataan سليم bermaksud menyerahkan segala-galanya kepada Allah, atau dalam bahasa inggeris " Submitting Totally to Allah". jadi untuk kita "submit" ini perlu kan pengorbanan yang total jugalah, bukan separuh separuh, atau musy nusf nusf kata org arab..

hari ini setelah sekian lama menyepi, penulis mahu berkongsi satu hobi yang penulis suka, dan penulis jangka ramai juga kawan kawan di luar sana pun suka. penulis ada satu hobi iaitu " Satu Tahun Satu Handphone". tak taulah kawan kawan faham atau pun tidak ungkapan ni., tapi penulis sebenarnya memang suka tukar tukar handphone, every year sekali, dan waktu itu masa ramadhan, atau pun lepas raya, ( banyak duit raya la katakan), hehe, sebagai seorang yang bakal turun di lapangan berkhidmat untuk masyarakat selepas tamat pengajian nanti, penulis rasa kita kena la up to date,(bukan menunjuk ya), dalam erti kata kena seiring dengan masyarakat, tahu guna gajet tu, tahu guna gajet ni. Ehhh, nanti ada yang kata, "apalah ust ni, suka sangat membazir beli handphone baru kerap kerap, nabi dulu tk de pun semua tu,boleh pun berdakwah," rasa nak gigit gigit telinga je sape yang cakap macam tu, tuan tuan yang saya hormati, Nabi S.A.W tak pernah nak halang pun kita ni dari kejar kekayaan dunia.


satu hari datang seorang sahabat datang kepada Nabi S.A.W, kemudian Nabi S.A.W tengok sahabat ni, sahabat ni seorang pengembala kambing yang agak berada, ada duit, tapi pakaiannya compang camping, lantas Baginda nabi S.A.W tegur sahabat tersebut, " Wahai Fulan, kamu mempunyai kemampuan,tapi kenapa kamu berpakaian seperti orang miskin, compang camping macam ni, seolah olah kamu tiada wang untuk membeli pakaian yang lebih elok pada daripada apa yang kamu ada,"


kawan kawan sekalian, Islam itu indah tau. cuma kita yang bersifat lemah ini yang sering buat Islam itu nampak buruk, bila nak guna duit untuk kerja kerja Islam,ada je yang memongak, hehehe, ada yang kata, " cukuplah banyak ni untuk budak budak maahad tu bang," seorang isteri berkata pada seorang suami yang semangat mahu sedekahkan wang kepada pelajar pelajar maahad, kemudian isterinya tambah lagi selari dengan ayat dalam cerita P.Ramlee dalam cerita labu labi, " budak budak tak boleh pegang duit banyak banyak," aduhhh pening kepala penulis tengok ragam masyarakat sekarang.


banyak yang nak derma untuk membantu pelajar pelajar yang belajar ilmu agama ni, itu satu perkara yang penulis amat amat puji, Tahniah!!!, anda sudah ada kesedaran untuk sumbang kepada para pejuang fisabilillah, tapi yang penulis agar panas line, sebab pelajar pelajar agama kita ni selalu dapat "leftovers" kata omputeh, dapat saki baki je, contohnya ya, "Abang, nanti kalau ada lebihan jualan kita di Bazar ni, kita sedekahkan dekat maahad tahfiz sebelah nie ya," betol kan, dapat sisa sisa je, tapi kawan kawan jangan perasan pula ya, penulis tegur tuhh, masyarakat Islam dekat Tanzania tu, bukan kat Malaysia ni, (siapa terasa padan muka),heeee.


Kenapa lah kita bila kerja kerja nak bangunkan umat Islam, taja anak anak umat Islam kita belajar ilmu agama, belajar ilmu Al-Quran, ilmu Hadith, bajet yang kita nak keluarkan tu amat amat ciput, tapi bila nak belajar Medic ke, Engineering, dentist ke, yang taja mereka punyalah banyak dan senang, tapi yang belajar ilmu agama ni, betol betol tak de bajet ke atau memang dah tak de orang nak taja????


penulis juga seorang pelajar maahad dahulu, dan pernah je dapat "leftovers" ni, tapi apakan daya, lapar, belasah je la,rezki depan mata.. memang bagus kita derma, tapi bayangkan budak budak maahad yang kita dermakan leftovers ni nanti akan jadi tokoh tokoh dan pejuang agama kita satu hari nanti, apa yang mereka makan mesti baik, apa yang mereka guna mesti baik, agar hasilnya baik.. fikirkan kawan kawan!!!


kita taja orang yang belajar ilmu agama ni besar pahalanya, apa yang budak tu belajar, katalah sampai phd, dia sampaikan pula kat masyarakat, beribu ribu orang, dan orang lain pula sampaikan, tak ke melimpah ruah pahala kita tak putus putus sampai kiamat.. Allahhuakbar!!! murni sungguh kan Islam, tapi mcm penulis cakap tadi la, orang Islam tadi la yang buat Islam itu nampak buruk...


sampai sini dulu untuk kali ni, penulis harapkan mentaliti masyarakat dapat di ubah, satu kalam ulamak yang penulis nak kongsi sebelum habis post ni, kata ulamak tersebut, " Adakah kemajuan kita ini diukur dengan bangunan pencakar langit, kemajuan teknologi terkini, atau dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan sahsiah jati diri yang tinggi?" Apa apa pun hiasi diri, cermin peribadi, ubah jati diri, moga Islam itu sentiasa di hati... wasalam...

No comments:

Post a Comment